
|
Like us on facebook ! :) rasa tips ini membantu? please click nuffnang echa (^_^) Travel this Princess In The Blog Private Blog ♥
follow me on Instagram ♥
Lets Talk
Recent Post
| Monday, 21 April 2014 | 09:10 | 2 panda
hai assalamualaikum :) dah lama tak buat review kan. aishhhh kalau duit jatuh dari langit memang dah lama echa beli produk hari hari lepas tu buat review kat blog ni. haha. kalaulahh kan. so, ni review barang baik punyaaaa. cleansing pad beli kat Daiso. tempat korang ada Daiso tak? Daiso tu ialah kedai barangan jepun yang semuanya harga rm 5! wah excited takkkkkkk. da lah barang barang dia semua comel comel. betul tak tipu.and good news kat orang kuantan, dengar cerita Daiso dah ada dekat east coast mall! eh i mean kapitalmalls. haish dah terbiasa guna ecm. im so excited. tak sabaaa nak pegi borong barang kat situ. okok kita back to the topic. emmm cleansing pad ni kan, echa beli dekat daiso melaka. eh btw cleansing pad ni bukan pad yang ehem ehem tu plak tauu, hahaha ni cleansing pad untuk cuci muka. cara dia senang je, letak sikit pencuci muka dekat atas cleansing muka tu. then urut2 lah muka korang dengan cleansing pad ni. dont worry, nampak je macam keras, sebenarnya lembut. Dalam hati ada taman. eh apakah sabik ekeke hasilnya? rasa muka lebih bersih daripada cuci dengan tangan. nak nak lagi kalau korang suka pakai makeup. contohnya , foundation yang korang pakai tu biasanya akan clog pore. nak nak lagi yang jarang pakai makeup remover .lagilah segala bapak jin kotoron ada kat muka korang tu. haaa rasa ew ew tak? haha then you should buy it! its really worth! and, echa perasan, since echa pakai cleansing pad ni. dah kurang dah jerawat degil muncul kat muka tu. jerawat jerawat ni semua muncul bila korang punya pori muka tersumbat. since korang pakai mende alah pink ni, korang punya pori tak kan tersumbat dah. jerawat di muka kini tiada lagi. haaa bagi tempat tempat yang takde daiso tu, echa sangat bersimpati dengan korang. ekekekek mentang mentang daiso dah ada kat sini hewhew. dont worry, cleansing pad ni banyak jugak dijual online sebagai beauty tool. google lah :) kbaii Friday, 18 April 2014 | 01:44 | 0 panda
hai assalamualaikum :) entry ni yang first untuk tahun 2014 ni kan? hahahaha lamaaa sangat tak update belog. sorry T_T so kali ni nak merajinkan balik update belog. so many things nak share dengan you guys! okay kali ni nak share tutorial by me. hehe. tutorial ni sebenarnya untuk beginner yang baru teringin nak pakai eyeliner. hope it will helps :)
mula mula sekali pakai pensel eyeliner dulu. sebab pakai pensel senang nak lukis kan berbanding liquid eyeliner.
lepas tu, dah macam ada guideline kan kat mata tu. haha. so guna liquid eyeliner then ikut je balik yang korang lukis pakai pensel tadi. kalau comot, lapkan yang comot tu dengan cotton bud cepat cepat sebelum dia kering.
okay lepas tu boleh laa tambah ekor sikit kat hujung mata korang tu. boleh bagi effect mata besar sikit.
last but not least, kat waterline tu guna pensel eyeliner pulak. apply sampai dia pekat.
yayy dah siap! simple je kan? tak sampai 5 min punn
yay dah boleh keluar jejalan dah!
*sorry quality gambar kurang. malas nak edit lighting.
Wednesday, 13 November 2013 | 10:06 | 2 panda
hai assalamualaikum :)eh korang suka tak pakai mask? biasanya mask apa yang korang selalu pakai? tak pernah try? well, you should try it! mask ni kira cam vitamin untuk muka la... lepas pakai kulit akan rasa fresh and lembut je. so kali ni echa nak share cara buat mask sendiri! boleh jimat duit yayyyy barang barang yang diperlukan : - satu mask yang pernah digunakan ( ni mask beli... korang pilih la mask yang sesuai dengan bentuk muka korang..kadang kadang size mask yang beli ni ada terlebih besarla.. terlebih kecil la..) - kertas f4 - tisu gulung -pen -gunting
okay mula mula letak mask terpakai tu atas kertas f4..fuh selamat muat muat je saiz
lepas tu tekap.. okay boleh feeling2 masuk kelas melukis time ni
dah tekap? hihi lepas tu gunting dengan cermat ea ikut garisan yang kita tekap tadi
lepas tu, yay siap dah sampel kita. then amek satu helai tisu yang tisu gulung tu.. letak atas tisu
kemudian boleh start menggunting berpandukan kertas f4 yang kita gunting tadi...sila gunting dengan cermat, tisu mudah terkoyak.
yayy dah siap pon mask kita!
boleh lah buat banyak banyak sekali gus.. senang sikit bila ada stok untuk seminggu terus. huhu
mask terpakai tu boleh buang dah, simpan kertas f4 tu je untuk buat sampel.
then, boleh guna
- teh hijau / jus limau / aloe vera
and yang lain sila google, bahan yang sesuai untuk mask muka.. banyakk
cara echa?
echa lepas habis minum teh hijau.. echa tinggal sikit. lepas tu letak atas pinggan.. then rendam dengan tisu ni. air tu jangan banyak sangat.. kang habisla hancur tisu. lepas tu pakai kat muka dalam 15 min..lepas tu cabut... muka rasa fresh sangat and cerah sikit huhuhuhu. hari hari pon boleh buat, modal sikit kan :) cuma antara malas dengan rajin je..hahaha
goodluck :)
Saturday, 26 October 2013 | 09:31 | 0 panda
hi assalamualaikum ^^ okay kali ni nak share cara yang betul pakai perfume. yelah , nak pakai tu bukan boleh main pakai je, kena ada step yang betul,tauu? okay so caranyaa
gambar hiasan..comel kan? urghhh
1. semburkan kat titik titik nadi kita iaitu kat bahagian leher yang kat bawah rambut tu, pergelangan tangan , dan bahagian dalam siku. pastikan jarak penyembur sejengkal dengan kulit kita.
2. jangan gosok minyak wangi tu, sebab boleh rosakkan bau ori minyak wangi tu. lepas sembur, biarkan je.
3. satu lagi cara, spray perfume tu kat udara. then bagi satu badan korang kena kat perfume tu. means macam bagi perfume tu jatuh kat badan la..hope paham ..
kalau nak bagi perfume tahan lebih lama :
- pakai selepas mandi. keluar je dari bilik air terus pakai perfume ea. sebab masa ni badan kita bersedia untuk menyerap bau dengan lebih baik.
- pakai petroleum jelly dulu , baru spray perfume. tujuan dia nak bagi kulit kita lembab. so bau akan tahan lebih lama berbanding dengan kulit yang kering.
-kalau nak bagi bau minyak wangi tahan lebih lama, pakai losyen dan sabun mandi dari brand yang sama. contohnya macam victoria secret. pakai satu set yang sama. so bau dia lebih kuat dan tahan lama lah.
-kalau boleh elakkan pakai losyen dan sabun mandi brand lain yang baunya kuat. sebab nanti badan kita kecelaruan identiti bau pula..lol
- time iron baju..spray baju korang dengan perfume.. bagi wangi sikit baju tu hee
okay hope boleh membantu..assalam ;D
Tuesday, 22 October 2013 | 07:55 | 0 panda
hi guys :) assalamualaikum ^ ^ echa tahu dah lama sangat tak update blog :( i'm so so so sorry, agak busy since sambung belajar ni huu. tapi echa happy sangat viewers blog echa sentiasa meningkat. thanks guys ! okay so now echa nak share barang apa yang perlu ada dalam handbag kitaaa. dah ready? check it out!1- wallet/ handphone. okay ni biasalah perkara basic. tak payah nak explain pon korang paham kan kenapa kena bawak dua perkara ni? huhu faham? okay bagus:) 2- cermin . act echa rasa cermin kawan yang paling jujur sebab dia tunjuk siapa diri kita sebenar hahaha betul tak? no wonder lah kalau yang rapat dengan echa mesti nampak echa berkepit dengan cermin jeee hee. cermin ni penting untuk jaga penampilan diri. yelah, kalau dah seharian kat luar. mesti nak repair tudung lah, repair itu lah, ini lah, haa yang paling penting gigi. haha paling benci kan kalau ada sisa sisa makanan melekat kat gigi . eeee lepas tu nak pulak time tu tengah keluar dengan hot guy. takkan nak bagi dia tegur kot? pergh malu siot. so lepas makan tu better pegi check gigi masing masing dekat cermin ea kuikui 3- lipbalm. okay ni khas untuk girl yang bibir kering. jangan jilat bibir! ini takkan membantu. lagi buat bibir korang kering ada lah so makesure ada lipbalm kat handbag korang. nak yang boleh tukar color cam lip ice ke, or nak yang takde color ke, terpulang ikut kesesuaian diri ok . 4- lotion. tahu tak sekarang di kaunter watson atau guardian ada jual lotion mini yang ada boleh dapati dengan tidak kurang dari rm 1? berbaloi ok. ada vaseline or johnson. echa suka lotion mini johnson yang warna pink tu, instead dia lembabkan tangan, and bau dia sangat wangiii hee. serious echa ada masalah tapak tangan yang kering teruk.so whenever rasa tapak tangan kering sangat, terus pakai lotion mini yang senang bawak tuu. 5- perfume/deodorant+ wet tissue . utk memastikan kesegaran tubuh selepas seharian buat kerja kat luar tuu, and make sure kita wangi 24hr, perkara ni perlulah ada dalam handbag uolz ye. wet tissue? ok act echa ada terbaca tips.. if kita nak pakai balik deodorant tu. mesti la ada kesan bekas deodorant yang sebelum tu. so kita lap dulu dengan wet tissue. then lepas cam dah kering, boleh la pakai deodorant tu. baru lah rasa freshhh. 6- tisu/sapu tangan. ni untuk lap muka , lap tangan , lap mana mana yang patut lah. haha percaya or tak, kita always ada masalah dalam mencari tisu....kan? 7- kertas minyak. this is for the oily skin yang pakai makeup. kalau yang tak pakai make up tu boleh la just lap muka dengan tisu. tapi kalau yang pakai make up, habis make up kalau lap dengan tisu.kan? tu lah gunanya kertas minyak. dia akan hilangkan minyak kat muka korang.. tanpa kacau makeup. yay bagus kan. tapi ada jugak pernah dengar cerita kertas minyak ni bileh dapat kanser kulit.....i'm not sure 8- mentos ,/eclipse/ gula gula mint. ni untuk pastikan kesegaran mulut...kita mesti tamao mulut kite bau belacan , bawang , etc kan. 9- eyedrop and bekas contact lens yang berisi air contact lens. ni khas untuk orang yang pakai contact lens macam echa. sometimes kalau kat tempat sejuk cam dalam cinema, mata kita cepat kering kan.. so jangan lupa pakai eyedrop tau . tapi tak dinasihatkan guna kerap sangat.. just pakai bila perlu je okay . and bekas tu plak untuk emergency case..mana tau lah kalau tiba tiba kena bermalam dekat luar , then mana nak taruk weh contact lens tu? haaaa tu sebab kena sediakan payung sebelum hujannn. 10- bag makeup. every girls should have their own bag makeup .heee senang nak separate, tak kelam kabut nak cari mana bedak, mana eyeliner. echa memang bawak this bag makeup, nak nak lagi nak touch up lepas solat kan. so just bawak basic je, bedak, sunblock and eyeliner. 11-spray cili . ok echa takde yang ni.. tapi ni penting jugak..sangat penting act. hmm banyak kes kes scary kan sekarang..ok echa tana mention kes apa. so if korang takde tali pinggang hitam ke kan... so better lah pergi beli menda alah ni. mana tau akan membantu ke kan... satu lagi...amalkan surah kursi..peringatan bersama ^^ so thats it.. tu la perkara yang mesti ada dalam handbag echa.. and perlu ada juga dalam handbag korang.. byebye :) Tuesday, 7 May 2013 | 11:01 | 1 panda
Hi assalamualaikum :)
Echa terjumpa this pic, so nak share kat readers blog echa . memang tak boleh nak nafi, eyeliner antara makeup paling fav untuk semua girls/women kann? and echa sendiri sangat adoree dengan seni eyeliner ni. pantang je nampak corak baru, mesti nak try pakai. fyi, eyeliner dapat serlahkan mata dan buat wajah kita lebih berseri. so , apa lagi. jom try dan bereksperimenn !
Monday, 6 May 2013 | 14:05 | 0 panda
hai assalamualaikum.ok maafkan saya ye atas kemalasan tahap melampau untuk update blog. padahal banyak je tips tak share. uuuu ampun ampun. ok tanpa lengah masa, kali ni , nak share satu tips, tapi dah boleh anggap lapuk dah kot , sebab ramai dah orang yang tahu tips ni. tapi takpe lah, echa share jela ok :)ini adalah satu alternatif kat gurls yang bertudung, untuk elakkan tudung dorang tuu menggelembung sana sini, berkedut, leper, dan seangkatan dengan nya. yelah, kadang kadang rimas sangat kan, tak sampai 5 minit, kena bela tudung . so, langkah pertama, korang kena beli nii ok dah beli dah? ok jom pergi step seterusnyaaa. first of all, nampak tak yang arrow kaler pink tu? haa kat situ lah tempat untuk kita pin kan kerongsang kita kan? okay echa label tu sebab senang sikit nak explain untuk langkah seterusnya.
1. mula mula sekali. bismillah dulu. hihi. kemudian , iron tudung korang macam biasa sampai hilang semua kedutan tuu.
2. Then, nampak tak yang bulatan kaler pink tu? haaa tu ialah tempat yang kita pin dengan kerongsang tadi, tadi kan gambar semasa tudung tu dipakai, yang ni pulak gambar semasa tudung itu dibukak. Jadi, korang spray dari bulatan yang pertama, ke bulatan yang kedua. jangan spray satu tudung bawal tu pulak tau. hihi 3. finally, iron balik tempat yang korang spray tadi. dia macam melekat lekat sikit, don't worry, buat je perlahan lahan. tapi make sure darjah kepanasan seterika anda tidak terlalu panas ye. amboii selamat tak guna perkataan 'heat capacity' . haha rindu plak zaman sekolah. haha. lepas dah ciap tu, biasanya kene tunggu sikit , dalam 5 minit camtu, then korang boleh rasa kat bahagian korang spray tu dah mengeras. yeay. kalau tak puas hati, boleh spray lagi sikit sikit. sikit sikit je tau, hari tu echa serabot gila macam pakai tudung saji je sebab terlebih spray -_-" . then dont worry, tudung korang takkan foreverr keras. lepas kena air, dia jadi lembut balik . jadi sila ulang balik langkah pertama sehingga ketiga ea. hee. maaf ea kalau tak paham. echa dah cuba terang sebaiknya. kalau tak faham jugak, boleh search dekat youtube. insyaAllah banyak tutorial dekat situ pasal tudung ni.
sekarang ni tengah feymes selendang tribal kan? takpelah , echa masih setia dengan tudung bawal 3 tones ni. hee.
assalam :)
|