//Pink Vintage.
Like us on facebook ! :)


rasa tips ini membantu? please click nuffnang echa (^_^)


Travel this

Story Beauty Tips Goodies Links


Princess In The Blog




Private Blog ♥
hey readers, come visit my private blog :) Eycha's Sweet Damn Diary ♥




follow me on Instagram ♥


Instagram

Lets Talk


Recent Post
Friday, 16 May 2014 | 08:02 | 1 panda
* echa malu sebenarnya nak share dengan korang, tapi takpelah. mungkin ada yang echa boleh tolong*

hai assalamualaikum :) pergh skema gila tajuk entri ni. tatau nak letak tajuk apeeee. ok now echa nak share something dengan korang. perasan tak, sebelum ni, echa lamaaaaaaa sangat tak update belog? okay kalau korang memang followers sejati (phuiiiiih) echa mesti korang perasan kan.  sebenarnya masa tu echa ada masalah jerawat yang sangat teruk. so macam insikiur plak rasa, muka penuh jawat tapi ada hati pulak nak tulis blog pasal kecantikan.

echa rasa masalah jawat ni berpunca sebab echa stop pakai satu produk thailand ni. time pakai tu muka memang terasa cerah, tapi rasa macam nipis. kena panas sikit dah rasa macam kena piat piat. so echa decide nak stop. alih alih macam ada jerawat pasir kat muka! kalau lah boleh pakai kertas pasir nak tonyoh kat muka, dah lama echa buat T T

siap pergi jumpa doktor lagi. risau tau, muka ni kan asset.. nasib baik mak baik hati tolong jadi banker. mahal jugak jumpa doktor. lepas tu ubat ubatan dia lagi. dalam rm 150+. sayang mak muah. tapi, dah pakai dalam sebulan macam takde perubahan.

so echa try lah google google. ada suggestion pakai kulit kayu manis. echa pakai lah. panas dia macam kena salai tau dok. tapi echa degil jugak. dalam seminggu pakai. semua jawat jawat pasir tu dah masak, dah jadi jawat batuuuuuuuuu.

 masa tu mula lah cuak tak tentu pasal, dah lah time tu nak masuk sem baru. habis semua orang tegur kenapa dengan muka echa. setiap orang yang jumpa hokayhh tanya " echa kenapa dengan muka kau " , " ya Allah , echa kenapa jadi macam ni " , " echa aku nak tanya lah kan, kenapa kau 'cantek' sangat ek?" masa tu jawapan echa? " biasalah remaja, baru nak matang" tahan je air mata T T dalam hati, perit.

jadi,echa cari la macam macam petua dan produk kecantikan, dengan berkat kesabaran, alhamdullilah. berjaya jugak T T isk isk

makan masa jugak, dalam 3 , 4 bulan bersabar je. yang penting usaha dan tawakal.

sebelum 



selepas 3 bulan


(maafkan ketembaman pipi echa T T)

so perkara yang echa amalkan




1.bedak tanakha.

yup, time tu tengah feymes amos bedak tanaka ni sebab nora danish pakai. time tu echa pandang sebelah mata, eleh tak heran lah, dora danish tu tak pakai apa apa memang dah cantik. (typicalmalay) tapi ada sekali tu, membe offer try pakai dia punya. bau dia, bau macam limau nipis . terus jatuh hati. lepas tu, rasa nampak lah perubahan dia. so echa wajib pakai tanakha sebelum tidur. apa yang best pasal tanaka? bau dia sangat menyenangkan. dia tak macam bedak sejuk biasa, mesti habis comot kalau pakai. dia akan stay je kat kulit muka kita. dia akan kecutkan jerawat dan pudarkan parut. (dalam jangka masa panjang)




2. maixara vitamin C

echa rasa echa perlu makan somthing untuk supplemen dalaman. masa tu teringin nak try AuraWhite, tapi disebabkan status diri ni pelajar, so tak mampu nak beli setiap bulan, last last echa beli maixara. alhamdullilah boleh tahan dua bulan. makan sebiji sehari sebelum tidur. echa kemam je, ta nak telan gedebuk camtu. sebab khasiat kemam lebih senang nak serap daripada kita telan. syarat dia senang je,

- minum 2 liter air setiap hari.
- jangan minum caffeine. sebab caffeine akan melambatkan hasil dia.

echa masa mula mula dulu je rajin minum 2 liter, kembung perut weh. ( kena control perut bila pakai baju kurung moden yang ketat ketat tu T T) lepas tu time exam echa minum je caffeine. nak stay up punya pasal. takde masalah pun sebenarnya, tapi lambat jelah dia nak berkesan.




3. teh hijau.

teh hijau ni diamalkan oleh blogger famous , hanis zalikha. dengan youtuber famous, Michelle Phan. echa adore sangat dorang ni. lawa sangat. muka glowing je. echa rasa antara sebab nya, teh hijau lah. teh hijau ni minum segelas sehari. jangan letak gula. haha pahit tu khasiat okay. nak cantik kena lah sabau ye. dont worry lama lama tak rasa dah pahit tu. (okay tipu, takkan hilang pahit tu bhahaha saje nak psycho uolz k sorry) minum masa dia tengah suam ea. time sejuk tak sedap sangat

4. cuci muka pakai cleansing pad daiso

5. picit

picit? ha ah. picit jawat hahaha. yeah i know tabiat picit jerawat sangat tak elokkk hokayhh. akan meninggalkan parut. and parut tu susah gila nak hilang T T. but i just cant bear it anymore. echa tak tahan lah orang semua tanya soalan yang sama pasal muka echa. so echa picit je jawat tu time dia tengah masak tu. perghhhh memang gatal gila tangan time tu. lepas puas picit, terus basuh muka. kemudian pakai bedak tanaka. memang tinggal lah parut, but echa cover pakai foundation hehe. ( but still nampak T T)

6. krim muka doktor, aiken, oxy, sebamed

ha ah echa dah try banyak sangat krim jawat. tapi echa tak rasa dorang membantu sangat. cuma sampingan je bolehlah.

7. buangkan make up dengan make up remover.

sebab kalau korang buang make up dengan air je, masih ada lagi baki make up. haa echa ada satu make up remover yang sangat superb, nanti echa buat review ok ^^

8. elakkan makan kacang

yup echa rasa ada benar jugak lah kacang ni boleh buatkan muka jerawat. (terpulang pada individu) sebab ada sekali tu someone kasi echa coklat hazelnut. then echa makan jela. sedar sedar je tiba tiba ada macam bintiik kecil kecil kat muka. terus on the spot menangis mengadu call mak. (masa tu tengah study kat uitm lendu) hahaha yela mintak mak doa bintik2 tu tak merebak. so taubat dah, ta nak makan kacangg dah.

yang ni latest. alhamdullilah tinggal parut sikit sikit je. dah boleh keluar pakai bedak baby je :')




okay so tu lah yang echa amalkan nak hilangkan masalah jawat ni. echa tahu ramai sangat yang menderita dengan masalah jawat ni kan? sebab echa dah pernah rasa. rasa rendah diri sangat, malu nak berhadapan dengan orang, insikiur dengan kawan kawan yang kulit dorang licin je tak ada jerawat nak hinggap pun. tapi satu je echa nak, jangan pernah putus asa please, selagi boleh berusaha, kita buat betul betul. echa boleh, korang mesti boleh punya kan? yang penting kena bersabar. great things take time. all the best :)




Older Post | Newer Post