//Pink Vintage.
Like us on facebook ! :)


rasa tips ini membantu? please click nuffnang echa (^_^)


Travel this

Story Beauty Tips Goodies Links


Princess In The Blog




Private Blog ♥
hey readers, come visit my private blog :) Eycha's Sweet Damn Diary ♥




follow me on Instagram ♥


Instagram

Lets Talk


Recent Post
Monday, 4 May 2015 | 11:01 | 0 panda
sebab dah lama sangat tak update blog, so today echa nak story sikit pasal tempat yang echa sedang belajar sekarang, Uitm Tapah. ni khas untuk adik adik yang dok google2 pasal uitm tapah, meh sini hakakk nak story sikit. haruslah bahasakan diri hakakk, masuk sem depan dah final year dah kikiki.

okay siapa yang dapat masuk uitm tapah ni, patut bersyukur, sebab kemudahan yang diberikan sangat bagus. terutama dari segi pembelajaran. kolej dia paling best. semua peralatan baru. takde katil double decker okay. sume single. kolej terbahagi kepada tiga. kolej Alpha, Kolej Beta, dan kolej Gamma.

okay disebabkan kaum perempuan yang semakin banyak melebihi nisbah lelaki, so kolej baru alpha dan kolej beta adalah milik siswi. kolej gamma pulak diduduki oleh pelajar siswa. sila bersyukur siapa yang dapat kolej alpha & beta, sebab dekat dengan fakulti. siap ada laluan beratap lagi so tak payah risau nak bawak payung. kolej gamma plak, terletak nun jauh di fasa satu. so kene berjalan agak jauh la, kira cam kalau berjalan kaki dalam 10-15 minit baru sampai fakulti. silalah bawa payung ye pelajar siswa. tak payah nak malu segan, muka tu asset. kena jaga.hahaha.

sorry sangat tak dapat tnjuk gmbar dalam kolej. lupa nak ambil. tapi best sangat, bilik air pun sangat cantik. memang puas hati lah. ada dua jenis bilik. ada kene share 4 orang, and ada kena share 2 orang. echa bernasib baik dapat bilik share dua orang. and tempat nak sidai baju pun dekat depan bilik ada kemudahan ampaian untuk bilik masing2. time echa dulu boleh pilih roommate masa pendaftaran. so time nak daftar , sila lah beratur bersama sahabat handai ya.

setiap kolej berdekatan dengan dewan makan. so tak payah risau sangat kalau perut lapaa, turun je bawah pergi beli makanan. and makanan kat sini sedap sedap dan harga murah. korang wajib cuba makan nasi lemak ayam dekat kolej beta. sangat sedap ayam kepci dia. dan murah. lepas tu, kat kolej alpha, sila try nasi ayam dia. ayam dia best jugak. kat plaza pentadbiran lak, kena try makanan goreng2. bestt. tapi kat sini banyak lecturer makan la. huhu. kalau kat kolej gamma, ada chicken chop murahh dan sedap. ok kena try jugak tau.

and then kat sini ada kedai fotostat, ada koperasi. ala macam universiti biasalah. hmm. kat sini jugak ada buat penyewaan basikal. tak ingat lah sejam berapa. so kalau nak main basikal petang petang boleh lah sewa. tak pun, bawak je basikal sendiri kalau ada kat rumah. sebab sangat banyak orang bawak basikal kat sini. and memang best main basikal petang petang sambil cuci mata tengok abam abam main bola sepak. k tu gurau. kikiki.

library kat sini pun best, banyak tempat nak study, tapi buku tak full lagi, maklum lah baru kan. tapi kalau malas nak masuk library, kat luar tu ada bilik study 24 jam. kira macam kau boleh study sampai subuh lah. tapi so far sampai pukul 11 je, sebab polis bantuan akan ronda ronda dah masa tu suruh pelajar balik.

okay tadi duk cerita pasal part best je kan, ni nak habaq part yang kurang best sikit. mesin basuh ada 4 je (kalau tak silap,, tak ingat bilangan) tu pun ada kat satu kolej je. so siapa yang gigih tu sila lah menunggu giliran untuk guna mesin basuh tu k. haha. kira bersyukur la. zaman hakak takde mesin basuh pun. basuh baju semua guna tangan.

kalau nak beli barang pulak, boleh pergi dekat pekan tapah. dalam 15 minit dari uitm. boleh naik bas, atau boleh naik taxi, atau boleh naik kereta angkut. biasanya rm 20 dia charge pergi balik. so pergi lah 4 orang supaya dapat berjimat. dekat pekan tapah, ada pasaraya tf. kat situ memang jadi tumpuan pelajar nak beli barang semua. ada kfc , pizza hut. watson, pasaraya 1 malaysia.

kalau rasa macam tak best pergi pekan tapah, boleh pergi sewa kereta dan pergi jalan jalan dekat kampar dan ipoh. jarak kampar dari uitm kira 30 min. jarak ke ipoh lak dalam 45min-sejam. takpun boleh pergi teluk intan. tempat lain yang wajib korang pergi, air terjun lata kinjang, menara condong. tak rasa jauh mana pun tempat tu kalau pergi dengan yang tersayang. hihi.

ok so tu lah sedikit sebanyak pasal uitm tapah. hakakk nak ucapkan selamat belajar adik2. belajar elok2, pilih kawan yang betul. dan jangan lupa diri. ok? ^_^






tak seprais laaa tnjuk banyak gambar ye idok? hihihi




Older Post | Newer Post