//Pink Vintage.
Like us on facebook ! :)


rasa tips ini membantu? please click nuffnang echa (^_^)


Travel this

Story Beauty Tips Goodies Links


Princess In The Blog




Private Blog ♥
hey readers, come visit my private blog :) Eycha's Sweet Damn Diary ♥




follow me on Instagram ♥


Instagram

Lets Talk


Recent Post
Saturday 16 December 2017 | 00:58 | 0 panda
Hi. This entry khas untuk para gadis dan jejaka yang sedang patah hati.  so siapa siapa yang tengah tak boleh move on lagi tu, okay dah sekarang masanya korang untuk move on. Aku harap this tips boleh bantu korang.

Have Faith in Allah






okay yang ni paling penting. apa apa pun , kita kena ingat. semua ni yang terjadi, mesti ada sebab. . Walaupun kita tak tahu apa sebab nya, tapi percayalah dengan Allah. Ingat, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi mungkin si dia tu bukan yang terbaik untuk kita, mungkin suatu hari nanti Allah akan hadirkan kita dengan seorang insan yang kita tak pernah sangka, yang sebenarnya terbaik untuk kita. atau mungkin juga, si dia yang patahkan hati kita tu datang waktu yang kita tak bersedia. i mean, not a right time. mungkin suatu hari nanti, kalau benarlah si dia tu jodoh kita, dia akan datang balik dalam hidup kita. what's meant to be will always find a way. Siapa tahu rahsia Allah kan? so, dont be sad, have faith. Percaya semua yang terjadi ada hikmah.

Buang segala memori dengan si dia




Jauhkan diri kau dengan segala perkara yang mengingatkan kau dengan dia. jangan dengar lagu berkaitan dia, jangan pergi tempat yang kau selalu date dengan dia, jangan tengok gambar dia. buang semua tu. kalau sayang sangat nak buang, kau simpan segala kenangan kau dengan dia dalam satu folder. and kau kene tekad takkan sesekali bukak folder tu sampai la kau dah bebetul move on dengan dia. unfollow media social dia, sebab nanti kau sakit bila tahu yang dia okay jerr walaupun kau takde. block number, whatsapp, kalau kau still berharap dapat text dari dia. so lepas block tu hati kau akan lebih tenang.



 Cari pengganti yang lain








okay laaaa katakan laaaaaa kau memang still meroyan lagi and memang dok terkenang je kat si dia, maybe its time untuk kau move on dan bagi chances kat orang lain pulak okay? ada 1.54826899877 million orang kat Malaysia ni, takkan takde satu pun sangkut kat kau kot?  takpun boleh mintak kawan kawan kau kenalkan dengan kawan dorang ke, sepupu ke abang kakak adik ke.... bodek bodek la sikit kawan kau tu. tak pun try contact balik dengan kawan sekolah kau duluu kerr. TINDERR? hahaha okay yang ni nak try boleh tapi be careful dengan strangers okay, kadang kadang kita tak tahu intentions dia.. haaa tak pun if kau ada EX korang yang sebelum sebelum ni yang still takleh nak move on move on dengan kau tu, apa kata try bagi peluang keduaaa? everyone deserve a second chance whutt. (okay tapi sorry ea kat ex akuuu , kau dah masuk exzone so kita memang takde chance dah ok kikiki)



okay la bosan asyik cinta cinta cinta. ingat hidup kita ni motif untuk bercinta je ke? STOP JADI DAK DAK WICET, banyak lagi benda lain kau boleh buat. pls la jangan terpengaruh dengan drama melayu yang asyik cinta cintun ni. sooooooo lets start with the REALLLLLL TIPS UNTUK MOVE ONNNNNN




Build your confidence back

Okay kalau sebelum ni hidup kau asyik fikirkan makan pakai si dia tu jeee, so now you guys should be happy with your own self. tak payah nak fikir fkir pasal orang lain dah. fikir pasal diri sendiri je'

so..





its time for make overrrrrr!

sekarang la masanyaaa korang buat make overrr! YASSSSSSS

for guys,


maybe kau boleh laaa start tukar style rambut yang lagi stylooo, pergi gym bina badannn ke, tukar la fashion tu, instead pkai tshirt, pkai la kemejaaa ke. no selipar jepun okay? if nak pergi masjid pakai selipar tu okayla. nanti kene curik pulak kasut mahal engkorang tuh. tapi please la jangan pakai time pergi mall. hmm then if tak pernah ada minyak wangi, dah boleh kot try cari satu. Guys, berdiri tegak jangan bongkok bongkok okay. ha more tips boleh gooogle ye.


for girls,


ha time ni la kau kene make over. if sebelum ni asyik pkai makeup light light je, apa kata kau start pakai makeup bold lak. pakai lipstick merah merah sikit instead pakai nude. be different. be confidence. tak reti makeup? ha time ni la kene belajar. belajar je basic basic. semua menda ni kat youtube sangat laa banyak tutorial. melayu korea english semua ada. okay , makeup bukan untuk ubah muka kita. tapi makeup ni, untuk serlahkan natural beauty yang kita ada. please jangan salah faham ea. kau jugak boleh belajar new style shawl dengan bawal. kalau selama ni asyik pakai bawal je, cuba try pakai shawl plak. 


and satu lagiii,  jangan ingat kita perempuan, kita tak payah nak work out, no. atleast dalam seminggu, 3 kali camtu buat la exercise sikit. boleh pergi simple jogging, if malas nak keluar, boleh buat indoor workout, semua nya boleh youtube okay. if nak lagi seronok, try belajar menari ke. contoh macam kpop dance ke. sebab menari pun boleh keluarkan peluh gak .so that lepasni boleh confident dengan badan sendiri. and please, berdiri tegak, jangan bongkok, betulkan postur badan. Jalan jangan seret. (peringatan buat diri sendiri jugakkk)



dengar lagu yang boleh motivate korang

okay sekarang ni banyak jer lagu yang leh bagi motivasi kat kita. dah boleh stop berhenti dengar lagu jiwang patah hati tangkap leleh okay? ni antara list lagu yang boleh bagi kita confident. and ada juga certain lagu untuk move on. if ada lagi sila gitahu, nanti aku add.

Fireworks - Katty Perry

Spice up your life - Spice Girls
Who do you think you are - Spice Girls
That's my girl - Fifth Harmony
Confident - Demi Lovato
Fly - Hilary Duff
I don't need a man - Pussycat Dolls
Sorry not sorry - Demi Lovato
Stronger - Kelly Clarkson
Unwritten - Natasha Bedingfield
Change your life - Little Mix
Wings - Little Mix
Break free - Ariana Grande
Dear no one - Tory Kelly
King of anything - Sara Bareilles



tengok movie yang bagi inspirasi

Kalau dengar lagu pun tak jalan jugak, okay aku suggest kau tengok movie movie yang bagi korang motivation. so mana tahu lepas tengok movie ni kau boleh rasa motivated dan terus boleh move on dengan jaya nyer. haa dont worry ni antara movie yang best untuk tengok okay?




John Tucker Must Die (2006)






The Other Woman (2014)





Legally Blonde (2001)


Luangkan masa dengan kengkawan





Tahu tak nanti kita dah kahwinnn masa untuk berkawan sangat terhaddd sebab banyak lagi nak fikir makan pakai suami / isteri / anakk..? cuba bayangkan if kau tengah bercinta sekarang ni, belum berkahwin dah lah berkepit sana sini, nanti dah kahwin pun sama jugak, so apa kata sekarang ni spent time dulu masa yang kau ada dengan kawan kawan? Cari la kawan yang best best sikit, yang gila gila , yang sama masuk air dengan korang. Toxic friend? okay sila tinggalkan. dalam hidup ni kita boleh buat pilihan. so kita ada pilihan untuk tinggalkan dia. tak guna nak berkawan if buat sakit hati sendiri je. tinggalkan je dia, sape suh jadi annoying. wakakakaka.


Luangkan masa dengan family




sedar tak sedar , masa kita dengan orang tua kita tak lama. yela esok lusa nanti kita dah kahwin nanti dah ada family sendiri plak kan. jenguk orang tua pun time raya je. so masa sekarang ni la kene hargai masa yang ada untuk luangkan masa kau dengan family. yang suka duduk terperok dalam bilik layan korean drama tu, kurang kurang kan lah. jenguk lah mak kat dapur tu. tolong mak kacau gulai pun dah boleh buat mak happy dah tau. ha kalau nampak ayah tengah tengok berita kat tv tu, try lah borak borak dengan ayah tanya pasal issue semasa ke. confirm ayah kau akan share punya. takpun kau suggest la buat short trip dengan family ke pergi mana mana. have a better quality of time with family okay?


Cari hobi baru


okay kalau sebelum ni hobi kau asyik g dating je kan, apa kata start cari hobi baru? contoh macam try tambahkan skill baru ke. belajar la memasak, baking ke. baru lah sesuai dengan nilai hantaran kau tu hehe. ha laki pun if belajar memasak pun cun jugakkkkkkk boleh sama sama mok dengan cik isteri nanti haha. eh, tak mencabar ea memasak? okay if nak mencabar try la hiking plak ke. orang cakap, sekali nak pergi hiking, nak pergi lagi. orang cakap la kikikiki. takpun apa apa aktiviti la yang kau rasa berfaedahhh okay? banyak jeeee start melukis ke belajar photography kee ahhhh banyak ah


Belanja diri sendiri




okay if kau tengah ada duit lebih sikit apa kata pergi spa ke. rehatkan badan kau tu. tak pun pergi facial ke. sumpah best g facial orang urut urut muka kita then lepas facial mukaaa lip lap lip lap berseriii ok. takpun pergi perming bulu mata ke. ha perming ni maksudnya lentikkan bulu mata. dia tahan dalam berbulan jugak, so macam worth it la if korang cuba.


Bela haiwan peliharaan




kalau kita jaga orang tu elok elok, masih lgi ada possibility untuk dia tinggalkan kita. tapi dont worry, kalau kita bela haiwan peliharaan, jaga elok elok, insyaAllah haiwan tu takkan tinggalkan kita. dia lagi sayang sayang kita ada lah. dia nak makan je cari kita, nak manja cari kita, nak main cari kita. best kannnnnn? so untuk mengubat kesunyian korang tu and nak bagi kau move on , apa kata cuba try bela haiwan peliharaan? ha macam macam jenis binatang kau boleh bela. contoh macam arnab ke, kucing ke, sugar glider ke hedghehog ke. ha if nak eksotik eksotik sikit ke boleh la try bela ular ke, iguana ke. buaya darat? ha yang tu kene jauh jauh diknon. kita bagi makan kat dia silap hari bulan dia ngap kita balik dik.  




okay so ni antara tips yang aku harap boleh tolong korang untuk move on. actually kita boleh je move on, cuma semuanya terpulang pada kita sendiri. nak ke taknak? kita tak boleh nak harapkan orang lain untuk tolong kita move on. sebab yang betul betul rasa sakit tu, kita sendiri. so nak taknak , kita sendiri yang kena mulakan. sakit memang sakit, but aku tahu, kau akan dapat tempuhi jugak. just believe in yourself okay. i know you can do it. Goodluck.






Monday 11 December 2017 | 04:45 | 0 panda




hi, I know its been a long time.....but , now, I'M BACKKKKKKKKKK!

thanks for voting YES kat igstory Aisyah , I'll really appreciate it.

Stay tune okay girls , I'll start writing again :)
xoxo


nah belanja satu gambar. in case if rindu kan.

your girl already grown up hehe

Monday 4 May 2015 | 11:01 | 0 panda
sebab dah lama sangat tak update blog, so today echa nak story sikit pasal tempat yang echa sedang belajar sekarang, Uitm Tapah. ni khas untuk adik adik yang dok google2 pasal uitm tapah, meh sini hakakk nak story sikit. haruslah bahasakan diri hakakk, masuk sem depan dah final year dah kikiki.

okay siapa yang dapat masuk uitm tapah ni, patut bersyukur, sebab kemudahan yang diberikan sangat bagus. terutama dari segi pembelajaran. kolej dia paling best. semua peralatan baru. takde katil double decker okay. sume single. kolej terbahagi kepada tiga. kolej Alpha, Kolej Beta, dan kolej Gamma.

okay disebabkan kaum perempuan yang semakin banyak melebihi nisbah lelaki, so kolej baru alpha dan kolej beta adalah milik siswi. kolej gamma pulak diduduki oleh pelajar siswa. sila bersyukur siapa yang dapat kolej alpha & beta, sebab dekat dengan fakulti. siap ada laluan beratap lagi so tak payah risau nak bawak payung. kolej gamma plak, terletak nun jauh di fasa satu. so kene berjalan agak jauh la, kira cam kalau berjalan kaki dalam 10-15 minit baru sampai fakulti. silalah bawa payung ye pelajar siswa. tak payah nak malu segan, muka tu asset. kena jaga.hahaha.

sorry sangat tak dapat tnjuk gmbar dalam kolej. lupa nak ambil. tapi best sangat, bilik air pun sangat cantik. memang puas hati lah. ada dua jenis bilik. ada kene share 4 orang, and ada kena share 2 orang. echa bernasib baik dapat bilik share dua orang. and tempat nak sidai baju pun dekat depan bilik ada kemudahan ampaian untuk bilik masing2. time echa dulu boleh pilih roommate masa pendaftaran. so time nak daftar , sila lah beratur bersama sahabat handai ya.

setiap kolej berdekatan dengan dewan makan. so tak payah risau sangat kalau perut lapaa, turun je bawah pergi beli makanan. and makanan kat sini sedap sedap dan harga murah. korang wajib cuba makan nasi lemak ayam dekat kolej beta. sangat sedap ayam kepci dia. dan murah. lepas tu, kat kolej alpha, sila try nasi ayam dia. ayam dia best jugak. kat plaza pentadbiran lak, kena try makanan goreng2. bestt. tapi kat sini banyak lecturer makan la. huhu. kalau kat kolej gamma, ada chicken chop murahh dan sedap. ok kena try jugak tau.

and then kat sini ada kedai fotostat, ada koperasi. ala macam universiti biasalah. hmm. kat sini jugak ada buat penyewaan basikal. tak ingat lah sejam berapa. so kalau nak main basikal petang petang boleh lah sewa. tak pun, bawak je basikal sendiri kalau ada kat rumah. sebab sangat banyak orang bawak basikal kat sini. and memang best main basikal petang petang sambil cuci mata tengok abam abam main bola sepak. k tu gurau. kikiki.

library kat sini pun best, banyak tempat nak study, tapi buku tak full lagi, maklum lah baru kan. tapi kalau malas nak masuk library, kat luar tu ada bilik study 24 jam. kira macam kau boleh study sampai subuh lah. tapi so far sampai pukul 11 je, sebab polis bantuan akan ronda ronda dah masa tu suruh pelajar balik.

okay tadi duk cerita pasal part best je kan, ni nak habaq part yang kurang best sikit. mesin basuh ada 4 je (kalau tak silap,, tak ingat bilangan) tu pun ada kat satu kolej je. so siapa yang gigih tu sila lah menunggu giliran untuk guna mesin basuh tu k. haha. kira bersyukur la. zaman hakak takde mesin basuh pun. basuh baju semua guna tangan.

kalau nak beli barang pulak, boleh pergi dekat pekan tapah. dalam 15 minit dari uitm. boleh naik bas, atau boleh naik taxi, atau boleh naik kereta angkut. biasanya rm 20 dia charge pergi balik. so pergi lah 4 orang supaya dapat berjimat. dekat pekan tapah, ada pasaraya tf. kat situ memang jadi tumpuan pelajar nak beli barang semua. ada kfc , pizza hut. watson, pasaraya 1 malaysia.

kalau rasa macam tak best pergi pekan tapah, boleh pergi sewa kereta dan pergi jalan jalan dekat kampar dan ipoh. jarak kampar dari uitm kira 30 min. jarak ke ipoh lak dalam 45min-sejam. takpun boleh pergi teluk intan. tempat lain yang wajib korang pergi, air terjun lata kinjang, menara condong. tak rasa jauh mana pun tempat tu kalau pergi dengan yang tersayang. hihi.

ok so tu lah sedikit sebanyak pasal uitm tapah. hakakk nak ucapkan selamat belajar adik2. belajar elok2, pilih kawan yang betul. dan jangan lupa diri. ok? ^_^






tak seprais laaa tnjuk banyak gambar ye idok? hihihi



Thursday 29 May 2014 | 22:49 | 1 panda
hai assalamualaikum you guys! ahhhhh cuti sem dah nak habis dah. echa is so not ready nak sambung belajar balik. kalau boleh nak forever je stay kat umaa. da lah nanti echa akan belajar kat tempat baru, yaknii uitm Tapah. sebab sebelum ni echa transit je duduk dekat uitm Alor Gajah sementara. so perasaan duduk kat tempat baru ni macam macam huuu.

okay so kali ni nak share kat you guys satu skincare yang echa selalu amalkan.





plain yogurt!

okay plain yogurt ni make sure yang tak ada flavour tau, lepas tu jangan pilih yang no fat. sebab fat tu yang bagi khasiat kat kulit muka kita.


apa yang korang perlu buat? just cuci muka bersih bersih, amek satu/atau dua sudu yogurt, lepas tu sapukan kat muka. tunggu sampai kering. then dah boleh basuh yay

skincare ni sangat sesuai untuk orang yang malas nak bancuh bancuh ramuan ke apa, sebab korang just perlukan yogurt tu je. and yang penting save budget. hehe

so benefit dia

- boleh lembutkan dan lembabkan kulit muka
yuppp kulit rasa lembut lepas cuci!! serious tak tipu. suka sangat sentuh kulit.

-boleh rawat sunburn
echa punya muka sangat senang nak sunburn kalau g pantai walaupun dah pakai sunblock , topi, duduk bawah pokok. so bila balik je rumah terus apply yogurt kat mukaaa. da lah yogurt baru keluar dari peti sejuk, nyaman je rasa letak muka. huhu.

-boleh lawan jerawat
alhamdullilah jerawat sekarang ni muncul kat muka kalau tengah stress je. ni baru tumbuh satu jerawat sebab baru lepas patah hati ekekeke. so maybe jerawat susah nak tumbuh sebab pakai mask yogurt ni.

-anti-aging
yang ni en google lah cakap, takleh nak wat review sendiri sebab takde lagi kedut kedut tu semua. kedut kedut tu memang suatu hari nanti akan muncul, tapi kita boleh slowkan kehadiran depa dengan yogurt ni! so sape sape nak awet muda boleh amalkan dari sekarang :)



echa tak sure pulak berapa kali boleh pakai yogurt ni dalam seminggu. tapi echa pakai je ikut suka, sebab yogurt kan natural remedies. so maybe tak membahayakan kulit kalau pakai selalu. (please correct me if i;m wrong)


okay jom serbu kedai runcit belii yogurt! kbai :)



Friday 16 May 2014 | 08:02 | 1 panda
* echa malu sebenarnya nak share dengan korang, tapi takpelah. mungkin ada yang echa boleh tolong*

hai assalamualaikum :) pergh skema gila tajuk entri ni. tatau nak letak tajuk apeeee. ok now echa nak share something dengan korang. perasan tak, sebelum ni, echa lamaaaaaaa sangat tak update belog? okay kalau korang memang followers sejati (phuiiiiih) echa mesti korang perasan kan.  sebenarnya masa tu echa ada masalah jerawat yang sangat teruk. so macam insikiur plak rasa, muka penuh jawat tapi ada hati pulak nak tulis blog pasal kecantikan.

echa rasa masalah jawat ni berpunca sebab echa stop pakai satu produk thailand ni. time pakai tu muka memang terasa cerah, tapi rasa macam nipis. kena panas sikit dah rasa macam kena piat piat. so echa decide nak stop. alih alih macam ada jerawat pasir kat muka! kalau lah boleh pakai kertas pasir nak tonyoh kat muka, dah lama echa buat T T

siap pergi jumpa doktor lagi. risau tau, muka ni kan asset.. nasib baik mak baik hati tolong jadi banker. mahal jugak jumpa doktor. lepas tu ubat ubatan dia lagi. dalam rm 150+. sayang mak muah. tapi, dah pakai dalam sebulan macam takde perubahan.

so echa try lah google google. ada suggestion pakai kulit kayu manis. echa pakai lah. panas dia macam kena salai tau dok. tapi echa degil jugak. dalam seminggu pakai. semua jawat jawat pasir tu dah masak, dah jadi jawat batuuuuuuuuu.

 masa tu mula lah cuak tak tentu pasal, dah lah time tu nak masuk sem baru. habis semua orang tegur kenapa dengan muka echa. setiap orang yang jumpa hokayhh tanya " echa kenapa dengan muka kau " , " ya Allah , echa kenapa jadi macam ni " , " echa aku nak tanya lah kan, kenapa kau 'cantek' sangat ek?" masa tu jawapan echa? " biasalah remaja, baru nak matang" tahan je air mata T T dalam hati, perit.

jadi,echa cari la macam macam petua dan produk kecantikan, dengan berkat kesabaran, alhamdullilah. berjaya jugak T T isk isk

makan masa jugak, dalam 3 , 4 bulan bersabar je. yang penting usaha dan tawakal.

sebelum 



selepas 3 bulan


(maafkan ketembaman pipi echa T T)

so perkara yang echa amalkan




1.bedak tanakha.

yup, time tu tengah feymes amos bedak tanaka ni sebab nora danish pakai. time tu echa pandang sebelah mata, eleh tak heran lah, dora danish tu tak pakai apa apa memang dah cantik. (typicalmalay) tapi ada sekali tu, membe offer try pakai dia punya. bau dia, bau macam limau nipis . terus jatuh hati. lepas tu, rasa nampak lah perubahan dia. so echa wajib pakai tanakha sebelum tidur. apa yang best pasal tanaka? bau dia sangat menyenangkan. dia tak macam bedak sejuk biasa, mesti habis comot kalau pakai. dia akan stay je kat kulit muka kita. dia akan kecutkan jerawat dan pudarkan parut. (dalam jangka masa panjang)




2. maixara vitamin C

echa rasa echa perlu makan somthing untuk supplemen dalaman. masa tu teringin nak try AuraWhite, tapi disebabkan status diri ni pelajar, so tak mampu nak beli setiap bulan, last last echa beli maixara. alhamdullilah boleh tahan dua bulan. makan sebiji sehari sebelum tidur. echa kemam je, ta nak telan gedebuk camtu. sebab khasiat kemam lebih senang nak serap daripada kita telan. syarat dia senang je,

- minum 2 liter air setiap hari.
- jangan minum caffeine. sebab caffeine akan melambatkan hasil dia.

echa masa mula mula dulu je rajin minum 2 liter, kembung perut weh. ( kena control perut bila pakai baju kurung moden yang ketat ketat tu T T) lepas tu time exam echa minum je caffeine. nak stay up punya pasal. takde masalah pun sebenarnya, tapi lambat jelah dia nak berkesan.




3. teh hijau.

teh hijau ni diamalkan oleh blogger famous , hanis zalikha. dengan youtuber famous, Michelle Phan. echa adore sangat dorang ni. lawa sangat. muka glowing je. echa rasa antara sebab nya, teh hijau lah. teh hijau ni minum segelas sehari. jangan letak gula. haha pahit tu khasiat okay. nak cantik kena lah sabau ye. dont worry lama lama tak rasa dah pahit tu. (okay tipu, takkan hilang pahit tu bhahaha saje nak psycho uolz k sorry) minum masa dia tengah suam ea. time sejuk tak sedap sangat

4. cuci muka pakai cleansing pad daiso

5. picit

picit? ha ah. picit jawat hahaha. yeah i know tabiat picit jerawat sangat tak elokkk hokayhh. akan meninggalkan parut. and parut tu susah gila nak hilang T T. but i just cant bear it anymore. echa tak tahan lah orang semua tanya soalan yang sama pasal muka echa. so echa picit je jawat tu time dia tengah masak tu. perghhhh memang gatal gila tangan time tu. lepas puas picit, terus basuh muka. kemudian pakai bedak tanaka. memang tinggal lah parut, but echa cover pakai foundation hehe. ( but still nampak T T)

6. krim muka doktor, aiken, oxy, sebamed

ha ah echa dah try banyak sangat krim jawat. tapi echa tak rasa dorang membantu sangat. cuma sampingan je bolehlah.

7. buangkan make up dengan make up remover.

sebab kalau korang buang make up dengan air je, masih ada lagi baki make up. haa echa ada satu make up remover yang sangat superb, nanti echa buat review ok ^^

8. elakkan makan kacang

yup echa rasa ada benar jugak lah kacang ni boleh buatkan muka jerawat. (terpulang pada individu) sebab ada sekali tu someone kasi echa coklat hazelnut. then echa makan jela. sedar sedar je tiba tiba ada macam bintiik kecil kecil kat muka. terus on the spot menangis mengadu call mak. (masa tu tengah study kat uitm lendu) hahaha yela mintak mak doa bintik2 tu tak merebak. so taubat dah, ta nak makan kacangg dah.

yang ni latest. alhamdullilah tinggal parut sikit sikit je. dah boleh keluar pakai bedak baby je :')




okay so tu lah yang echa amalkan nak hilangkan masalah jawat ni. echa tahu ramai sangat yang menderita dengan masalah jawat ni kan? sebab echa dah pernah rasa. rasa rendah diri sangat, malu nak berhadapan dengan orang, insikiur dengan kawan kawan yang kulit dorang licin je tak ada jerawat nak hinggap pun. tapi satu je echa nak, jangan pernah putus asa please, selagi boleh berusaha, kita buat betul betul. echa boleh, korang mesti boleh punya kan? yang penting kena bersabar. great things take time. all the best :)



Tuesday 6 May 2014 | 10:02 | 2 panda
sebelum echa balik cuti sem lagi, echa dah berangan angan dah nak main hias hias bilik. mula mula terjumpa gambar tumblr room lah kat internet, lepas tu terus rasa macam dapat inspired. tapi time tu tengah study week final, so macam simpan lah dulu plan ni. then habis je final, terus proceed lah plan ni.


tadaaaa. so ni hasilnyaa. sangat puas hati. hias bilik sorang sorang, makan masa jugak lah. tapi i'm totally love it! nak jugak ada bilik macam echa? okay ni dia suggestion


1. Gambar.





okay gambar ni macam macam pattern korang boleh letak. korang boleh beli clip omey omey, lepas tu gantung banyak banyak kat tali. cantik sangat! tak pun boleh cuci gambar banyak banyak, lepas tu boleh buat bentuk love. yang ni best jugak. kalau bosan, boleh lah buat bentuk tigasegi ke, bulat ke, petok ke, haha terpulang. 

2. Quotes / lyric lagu



yang ni macam dalam kelas plak. tipulah dalam kelas dulu takde hias hias letak macam " cemerlang, terbilang, gemilang" itu semua kan haha. tapi jangan plak letak dalam bilik macam tu, hahaha so punny ok kalau orang letak kata kata tu dalam bilik. emm so, korang boleh letak lah favourite quotes ke, atau lirik lagu favourite korang kat dinding. eh tapi jangan letak satu lagu penuh lirik pulak bhahaha. letak ayat fav korang je dalam lagu tu. biasanya ayat favourite mesti kat korus dia kan. lepas tu boleh lah guna magazine lama yang tak pakai ke, kertas warna warna ke, terpulangg.



3. fairy light / lampu tidur.

haa yang ni fav! malam malam kan pasang lampu ni lepas tu layan movie sorang sorang kat lappy syok ouhhh. tak pun just baring baring je , dengar lagu sedih sedih ke pasang kuat kuat. haha memang serious feeling. yang ni , echa tahu boleh cari kat jonker walk melaka. ataupun online je. kat insta banyak.



4. sticker dinding



bagi yang tangan seni boleh lah main lukis lukis je kat dinding tu terus boleh jadi seni. tapi bagi yang tangan kayu ni, jangan risau okay, kita boleh pakai sticker hee.  sticker ni best sebab macam tambah seri dalam bilikk


5. diy 





haa yang ni do-it yourself! korang boleh buat apa apa je , lepas tu gantung dalam bilik. best okayyyyy. ada macam macam perkara korang boleh buat! and yang paling best jimat kos! and for sure korang akan rasa lebih hargai mende tu sebab korang yang buat sendiri. haaa ni contoh contoh idea. kalau nak banyak lagi just google ok, banyak sangat perkara yang korang boleh buat sendiri.




6. glow in the dark



yang ni kan, korang tampal kat siling bilik korang, lepas tu malam malam tutup lampu, memang best tengok glow in the dark ni main glowing glowing macam tu. tapi macam leceh sikit na tampal kat siling sebab nak guna tangga bagai. kalau nak buat jugak, make sure pakai double tape yang kuat gam dia tu okay.

7. pewangi bilik.


bila masuk masuk je bilik , terus bau wangi. aaa sukanya! rasa tenang sangat. rasa nak masuk tanak keluar keluar dah. haha. 

8. papan kenyataan


what? letak papan kenyataan dalam bilik? haha why not. kat situ boleh letak wishlist korang ke, reminder ke, target korang ke, hias lah omey omey. mesti hari hari korang semangat je nak tengok papan kenyataan tu. 



hope dapat bantu uolzzz hehe goodluck :)




Tuesday 29 April 2014 | 11:57 | 0 panda
hi Assalamualaikum :) 

hai kepada semua silent reader echa, thanks ok sudi visit blog echa yang tak seberapa nak gah ni. mula mula rasa macam nak stop je berblog. sebab macam tak de sambutan je uuuuu. tapi bila tengok pageview, hari hari ada je yang sudi visit blog echa ni. tu yang bagi semangat untuk echa teruskan berblog ni. thanks k :) and if rajin tinggallah komen. if nak tanya echa pape, tanya laaaa, or nak share apa apa ke. insyaAllah echa akan balas k ^^

okay now nak cerita sikit pasal pengelupasan or dengan bahasa omputeh nye exfoliation. nak tahu tak exfoliate ni sangat sangat penting hokayh ! sebabnya

- exfoliate muka kita ni akan kurangkan jerawat dan blackhead kita! sebabnya kalau kita tak exfoliate muka kita kan, akan ada banyak sel kulit mati yang ew ew tu kat muka kita. lepas tu sel kulit mati tu akan clog pori muka kita. seterusnya akan berlakunya kehadiran yang tak diundang cik jerawat dan puan blackhead

- boleh elakkan dari pori kulit kita membesar. bila kulit mati tu buat pori kita tersumbat kan, jadi pori tak boleh nak bernafas dengan elok walaupun kita dah bagi bantuan cpr ya tuan tuan, ekekeke so bila dia takleh nak nafas elok elok, dia akan mula membesarrr. ewwwww nak ke pori kita besar? sangat lah susah hokay nak kecilkan pori

- boleh buat krim / serum / toner yang kita pakai diserap dengan lebih bagus. yela sebab kita dah exfoliate muka kita kan, so masa tu sel kulit mati kita dah pergi main jauh jauh, jadi kulit kita akan lebih bersih, so segala serum toner krim yang kita pakai tu akan lagi berkesan yayy


now dah tahu kan kepentingan dia? so kat sini echa nak share satu mask natural remedies fav echa. echa nak bagitahu awal awal, memang leceh sikit. tapi nak cantik kan, mestilah susah sikit. nak senang jugak ye? eee degil. haha kalau nak senang beli je kat watson/guardian scrub muka. haa yang tu pon molek jugak.

mask ni baik untuk jerawat dan jugak parut :)

barang barang yang korang perlukan



1sudu cuka epal
2sudu teh hijau
7sudu gula
1sudu madu



1. mula mula sekali letakkan satu sudu cuka epal, 2 sudu teh hijau, 5sudu gula dan 1sudu madu dalam mangkuk. lepas itu letak lagi 2sudu gula. kacau dengan sudu sampai betul betul sebati (kay macam nak buat kek pulaks)


2. kemudian, basuh muka dulu mana yang rambut panjang tu sila sanggul dulu rambut. ambil kapas muka lepas tu boleh la scrub muka dengan mask ni. urut urut muka kita sampai 5 minit. nak selamat buat kat dalam bilik air sebab mask ni akan meleleh leleh haha.

3. lepas tu biarkan kejap kat muka kita selama 10 minit. lepas tu boleh lah basuh. jangan lama lama tau, sebab cuka epal ni kan acidd. 




okay yang baki mask tu boleh letak dalam bekas kaca then letak dalam peti sejuk. boleh tahan sampai 2 minggu ^^ 

echa nasihatkan dalam seminggu buat dalam 3 kali seminggu atau selang sehari ke. and suka echa ingatkan, pakai cuka epal tau, bukan cuka biasa. and cuka epal ni bau dia agak kurang menyenangkan hahaha macam bau kaki kahkah. tapi dont worry madu tu macam akan neutral kan sikit bau tu hihi. ala kejap je letak kat muka tu.

hehe k all the best :)




Older Post